Rabu, 26 Oktober 2011

Selamat Hari Deepavali


RELA Daerah Kerian ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Cahaya kepada semua penganut agama Hindu di seluruh Malaysia.

Program Penerangan Perdana Peringkat Daerah Kerian


Tarikh   : 13 November 2011
Masa     : Jam 0800 - Jam 1300
Tempat  : Dewan Komuniti Bagan Serai 
Kod Pakaian: Uniform ataupun berpakaian kemas


** Semua anggota RELA Daerah Kerian Dijemput Hadir.

Selasa, 11 Oktober 2011

Isnin, 10 Oktober 2011

Pengenalan


  1. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan    Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.
  2. Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964,  Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan  Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat)   (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005.  Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). 
    • Sejarah Penubuhan
      • ‘Home Guard’ atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
      • Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia.  Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.
      • Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan.
      • Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA. Dengan ini peruntukan yang dinamakan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966 telah diwujudkan.  Petikan ucapan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990.
      • "...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago.  It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country.  RELA also signifies the goverment’s commitment to harness the people’s support through voluntary means, both during peace time or otherwise...".
      • Pada 20 Mac 1999, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan  lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara,  pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.